Binatang "Charlie" .

assalamualaikum .

pernah dengar pasal binatang Charlie tak ?? Orang orang utara area kedah mesti taw ni .
hari ni yaya nak kongsi kan sedikit tentang bahayanya binatang nama 'Charlie' ni .
sebelum ni yaya memang tak tahu langsung ada binatang nama dia ala-ala orang putih gitu .
yaya taw pun masa yaya belajar sekejap kat kedah dulu, baru taw pasal Charlie ni .
kawan kawan yaya kata gigitan Charlie ni sangat bahaya. ada kawan yaya yang pernah kena .
serius lukaa dia sangat lain macam dan boleh dikata kan teruk .

eeeee . geli laaa tengok binatang Charlie ni ~~~~~

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ada sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

ohh patutlaa dekat kedah banyak binatang Charlie ni . sebab kedah kan banyak sawah padi . and yes kawasan yaya belajar dulu tak jauh rasanya dengan kawasan bendang .

Fakta Tentang Charlie :

  •  Charlie tidak akan menggigit jika bersentuhan tetapi akan mengeluarkan cairan beracun dan mungkin akan terkena kepada benda-benda lain seperti baju, tuala, atau benda-benda lainnya yang bahaya untuk kulit manusia.
  • Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai ‘Pederin’ (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.
  •  Racun ini 12 kali lebih kuat daripada bisa ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.
Nasihat kepada anda jika terkena si Charlie ni :

  • Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.
  • Hindarkan diri dari duduk berdekatan cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya ia pergi. Jika bersentuhan dengan  cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena dengan sabun dan air bersih. (Sumber : pak hIdali)
  • Kumbang ini kelihatan seperti kala jengking tetapi kecil dan panjang serta mempunyai warna merah berbelang hitam.. Jika terkena cairan beracun tersebut, kemungkinan akan terjadinya ruam, herpes merah dan tengahnya bernanah dengan diameter 2cm dan akan terus membesar jika tidak diubati.

itulah Charlie . even yaya tak pernah kena dan mintak jauhkan yaya dari semua ni , yaya tetap nak share pasal charlie ni . sebab memang yaya tak tahu langsung pasal ada nya binatang ni . sangat bahaya . yaya pun pernah tengok kesan gigitan Charlie dekat kawan yaya dalam instagram dia . dapat ilmu hari ni pasal si Charlie .

sumber fakta : http://fitrihadi.com/2012/03/fakta-serangga-tomcat-bahaya-manusia/
sumber gambar : google .

Comments

  1. erkk first time dgr pasal charlie ni.
    takut nya tgk kesan dia.haishh

    thanks share :)

    ReplyDelete
  2. Ninaa Hassan : yes . be careful dengan natang ni . ur welc dear :)

    ReplyDelete
  3. sy penah kena masa study di penang. kat pipi lak tu....

    ReplyDelete
  4. pantang sekali nampak charlie.. eerhhh! sorry but have to kill it :(

    ReplyDelete
  5. Ayu Zan : Allah . akak pernah kenaa . yaya dgr cerita pasal charlie ni pun dah seram dengarnya . hehe
    Marionette Doll: the most dangerous animals . urghh . be careful dear :)

    ReplyDelete
  6. binatang charlie ni comel tapi sgt bahaya. sekali lalu je dekat kita dah tinggal parut. haha

    ReplyDelete
  7. nor aniza : comel ? yaya tgk geliii . haaha . kann . memg bahaya .

    ReplyDelete
  8. cik akak pernah gak tengok binatang nie..tapi cik akak ingat memang tak berbisa langsung..huhu

    ReplyDelete
  9. cik akak: actually dia berbisa . hehe

    ReplyDelete
  10. eeeeuwww... gelinyaa ecah tgk natang charlie tu.. meremang bulu roma ecah -.-''

    ReplyDelete
  11. good share, kak. erkkk~ takut dah nak pi kedah xD

    ReplyDelete
  12. Aisyah Az: geli ! tgk gambar charlie ni pun , yaya tgk sebelah mata . haha
    izzaty zaty : thanks dik :) haha . jgn laa pasal ni tkt p kedah taw . haha

    ReplyDelete
  13. member sha pernah kena natang ni kat tengkuk, mmg merah n nanah :)
    tp lame2 ilang, jgn garu..just sapu bio oil..
    kalu x nnti berparut..

    ReplyDelete
  14. Sha Malek: eii , berbisa sungguh cahrlie ni . ohh mcm tu . thanks for some info :)

    ReplyDelete

Post a Comment