assalamualaikum
Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi
nak tahu lebih lanjut. mai yaya share dengan hampa . sebab apa yaya nak share dengan hampa sebab anyone tak kira hang tua hang muda boleh ada hipertensi ni . sebab parents yaya dua2 ada darah tinggi.
mak yaya pulak masa bulan 9 tahun ni jugak, sampai pengsan sampai kena semi stroke , sampai satu badan mak yaya masa tu lemah di sebab kan darah tinggi ni . Allah , mintak jauh semua tu .
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang
mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di
Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan
peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda & dan gejala
Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala. Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Komplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :
1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
RAWATAN
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan tanpa ubatan & ubatan
1. Anda perlu mengubah cara hidup seperti
2. Kurangkan pengambilan garam
3. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
4. Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan
pemakanan
5. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
6. Hindari stress
sumber lebih lanjut di FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) sini ( https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia)
InshaAllah , terus berdoa pada Allah agar kuat dan tabah dan sabar apabila diuji dengan kesakitan . Aamin .
akak lak, darah rendah... kekadang, pagi2 buta, kaki cramp.. sekarang dah kurang sikit..
ReplyDeletetakutnya kalau kena tekanan darah ni kan... mekasih share info ^^
ReplyDeletenice info
ReplyDeletealhamdulillah memang selalu check and monitor.. sebab ayah akak memang ade mesin tu so selalu check. alang alang tu check diri sendiri nye hehe
ReplyDeleteMak akak pun darah tinggi. hoho--
ReplyDeleteSemoga dijauhkan lah.
Nice sharing yaya :)